Polisi Privasi
Privasi data anda penting.
Halaman ini menerangkan jenis maklumat yang Lakaria perlukan untuk menyediakan akaun, menjana website atau funnel, dan mengurus order pelanggan.
Maklumat yang dikumpul
Lakaria boleh memproses maklumat akaun seperti nama, emel, butiran bisnes, prompt AI, kandungan website atau funnel, dan maklumat order yang anda masukkan ke dalam platform.
Bagaimana data digunakan
Data digunakan untuk menyediakan fungsi platform seperti login, penjanaan AI, pengurusan website, funnel, checkout, order, pembayaran, analytics dan sokongan pengguna.
Pihak ketiga
Lakaria menggunakan penyedia teknologi seperti Supabase, penyedia AI, payment gateway, perkhidmatan emel, Meta dan Microsoft untuk menjalankan fungsi produk. Data hanya dikongsi apabila diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.
Analitik, iklan dan emel
Di halaman pemasaran dan pendaftaran, kami guna Meta Pixel untuk mengukur iklan kami dan Microsoft Clarity untuk melihat cara pelawat menggunakan halaman: klik, scroll dan rakaman sesi tanpa nama, dengan teks yang ditaip dan ruang akaun peribadi disorok. Semasa anda mendaftar, kami catat iklan atau pautan yang membawa anda. Jika anda mula checkout tetapi tidak selesai, kami mungkin hantar satu emel peringatan, dan setiap emel ada pautan untuk berhenti menerimanya.
Hubungi kami
Untuk pertanyaan privasi, hubungi [email protected].