Terma
Terma penggunaan Lakaria.
Dengan menggunakan Lakaria, anda bersetuju untuk menggunakan platform ini secara bertanggungjawab untuk membina website, funnel dan sistem order bisnes anda.
Akaun dan kandungan
Anda bertanggungjawab terhadap kandungan, maklumat produk, harga, polisi jualan, dan data pelanggan yang anda masukkan ke dalam website atau funnel anda.
Penggunaan AI
Output AI perlu disemak sebelum diterbitkan. Pastikan kandungan yang dijana tepat, tidak mengelirukan, dan sesuai dengan bisnes serta undang-undang yang berkaitan.
Pembayaran dan langganan
Fungsi berbayar, had penggunaan, langganan dan integrasi pembayaran bergantung pada pelan yang dipilih serta konfigurasi gateway yang digunakan oleh pemilik akaun.
Menjual kepada pelanggan anda
Peniaga bertanggungjawab menunaikan pesanan yang diterima serta mengendalikan pertanyaan, aduan, pembatalan dan bayaran balik pembeli mereka. Lakaria menyediakan perisian dan bukan pihak dalam jual beli antara peniaga dan pembeli.
Penggunaan yang dibenarkan dan laporan kedai
Anda tidak boleh menggunakan Lakaria untuk menjual barang haram, tiruan atau terlarang, mengutip bayaran untuk barang yang tidak berniat dihantar, memancing data peribadi, atau menggunakan kandungan tanpa hak. Sesiapa boleh melaporkan kedai di /report. Lakaria boleh menyiasat laporan dan menggantung kedai atau akaun yang melanggar terma ini; pemilik boleh merayu melalui tiket sokongan.
Hubungi kami
Untuk pertanyaan berkenaan terma ini, buka tiket sokongan di /support atau hubungi [email protected].