Integrasi Billplz

Funnel jualan dengan Billplz untuk terima bayaran online

Sambung akaun Billplz anda pada funnel jualan Lakaria. Pelanggan isi borang checkout, bayar melalui bil Billplz, dan order bertukar kepada paid selepas bayaran disahkan. Duit jualan masuk terus ke collection Billplz anda.

Contoh prompt

Bina funnel jualan untuk produk penjagaan kulit dengan benefit, testimoni, FAQ, order bump dan checkout

API key dan Collection ID
Untuk funnel jualan
Duit masuk ke akaun Billplz anda sendiri

Apa yang perlu disambung

API key Billplz dan Collection ID untuk collection yang akan terima bayaran. Masukkan kedua-duanya dalam bahagian payment gateway pada editor funnel jualan.

  • API key dan Collection ID
  • Untuk funnel jualan
  • Duit masuk ke akaun Billplz anda sendiri

Apa jadi pada setiap order

Order disimpan sebagai pending dengan jumlah yang dikira di server, termasuk kuantiti, order bump dan kos penghantaran. Pelanggan bayar melalui bil Billplz, dan Lakaria baca semula bil itu dari Billplz sebelum tukar order kepada paid.

  • Jumlah dikira di server
  • Bil disemak semula dengan Billplz
  • Status order bertukar secara automatik

Selepas bayaran diterima

Order muncul dalam dashboard order bersama butiran pelanggan. Jika automasi emel dihidupkan, pembeli terima emel selepas bayaran, dan anda boleh tempah kurier untuk order yang sudah dibayar.

  • Dashboard order dengan butiran pelanggan
  • Emel automatik selepas bayaran (pilihan)
  • Tempah kurier untuk order yang sudah dibayar

FAQ

Soalan yang biasa ditanya

Boleh guna Billplz pada kedai website AI?

Buat masa ini Billplz untuk funnel jualan sahaja. Kedai pada website AI boleh guna ToyyibPay atau CHIP.

Apa yang saya perlu dari akaun Billplz?

API key akaun Billplz anda dan Collection ID bagi collection yang mahu terima bayaran. Kedua-duanya boleh didapati dalam akaun Billplz anda.

Bagaimana Lakaria tahu pelanggan sudah bayar?

Bila Billplz menghantar keputusan bayaran, sistem tidak terus percaya data itu. Bil dibaca semula dari Billplz menggunakan kunci anda, dan order hanya ditanda paid jika Billplz mengesahkannya.

Boleh isi Billplz dan gateway lain pada funnel yang sama?

Boleh, tetapi checkout hanya guna satu: yang pertama lengkap mengikut susunan ToyyibPay, Billplz, senangPay, kemudian CHIP. Jika anda mahu Billplz digunakan, kosongkan ToyyibPay pada funnel itu.

Mahu mula dengan draf pertama?

Langgan dari $19/bulan dengan jaminan wang dikembalikan 7 hari, kemudian ubah prompt anda menjadi website atau funnel yang boleh diterbitkan.

Mula Dengan Pelan